Senin, 23 Desember 2013

Bayi Diselamatkan Selepas 2 Hari Berada Dalam Parit

Bayi

Alicante – Seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui masih hidup meskipun sudah dua hari terperangkap dalam sistem perparitan di dalam blok di sebuah flat, di sini.
Bayi malang itu diselamatkan selepas penduduk mendengar bunyi tangisan, biarpun pada mulanya mereka menyangka ia adalah suara kucing yang terperangkap di situ.
Kerja-kerja menyelamat yang dijalankan pada pukul 2 pagi itu akhirnya menemui bayi berkenaan dengan tali pusat masih melekat di badannya dalam lubang selebar 4 kaki itu.
Bayi itu mengalami kecederaan patah tangan dan biarpun keadaannya serius, namun tidak mengancam nyawa.
Dia kini ditempatkan di dalam unit rawatan rapi ICU.
Ibu bayi berkenaan yang berusia 26 tahun, telah mendapatkan rawatan di hospital dengan menyatakan bahawa dia mengalami keguguran.
Namun selepas disoal siasat, dia mengaku kepada polis, tidak mampu menggugurkan bayi itu kerana tiada duit.
Wanita itu akan didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba melakukan pembunuhan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar