Tampilkan postingan dengan label seks. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label seks. Tampilkan semua postingan

Kamis, 06 Februari 2014

KETAHUI RAHSIA SEKS WANITA

DALLAS – Satu kajian terbaru di Amerika Syarikat (AS) mendapati wanita suka menikmati seks semasa usia mereka menghampiri 40 tahun, lapor sebuah akhbar disana.

Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan ahli akademik Universiti Texas itu menyatakan nafsu seks wanita lebih tinggi pada peringkat usia 30-an dan awal 40-an disebabkan faktor psikologi.

Pada usia tersebut, wanita menyedari mereka semakin menghampiri menopaus yang mengurangkan tahap kesuburan dan peluang mendapatkan anak sekali gus menyebabkan keinginan seks mereka meningkat.

Kajian berbentuk kaji selidik itu melibatkan hampir 900 wanita yang dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu responden dengan kesuburan tertinggi (berusia 19 tahun hingga 26 tahun), mereka yang tahap kesuburannya menurun (berusia di antara 27 tahun hingga 45 tahun) dan 
golongan yang menghampiri atau telah mengalami menopaus.

“Hasil kajian menunjukkan wanita dengan tahap kesuburan menurun sebenarnya memiliki keinginan seks yang lebih tinggi dan lebih aktif melakukan hubungan seks berbanding wanita subur,” kata seorang penyelidik berkenaan, Profesor David Buss.

Menurutnya, wanita pertengahan usia juga lebih kerap berfantasi mengenai seks berbanding wanita muda di samping lebih cenderung menjalin hubungan sulit terutamanya dengan lelaki lebih muda.
“Saya kerap mendapati wanita berusia lewat 30-an lebih gemar ‘berseronok’ (terbabit dalam aktiviti seks). Mungkin keadaan ini berlaku tanpa disedari mereka atau mereka sedar mengenainya,” kata seorang pakar seks, Dr. Pam Spurr. – Agensi


Selengkapnya...

Minggu, 02 Februari 2014

Ditangkap Ketika Melakukan Seks Dengan Sofa

Ditangkap Ketika Melakukan Seks Dengan Sofa


Wisconsin – Apabila nafsu menguasai diri, macam-macam perkara dilakukan oleh manusia. Walaupun perbuatannya itu merupakan perkara paling keji dan gila, namun ia tetap dilakukan hanya kerana nafsu yang bergelora.
Itu yang berlaku kepada seorang lelaki `gila’ Gerard Streator yang berusia 46 tahun.
Lelaki sakit jiwa ini dilihat melakukan seks dengan sebuah sofa buruk yang tinggalkan di tepi jalan.
Perbuatan kejinya itu dilihat oleh seorang pekerja sebuah hotel.
Menurut pekerja terbabit, ketika melalui jalan berkenaan, dia ternampak Gerard sedang membengkokkan badannya manakala seluarnya sudah ditanggalkan hingga ke paras buku lali.
“Kejadian itu berlaku pada pukul 11 malam selepas saya habis bertugas di sebuah hotel. Saya dapat menyaksikan dia sedang menggoyangkan punggungnya di sofa itu.
“Kejadian itu dapat dilihat dengan jelas kerana sofa itu berada di tepi jalan. Tiada orang berada di atas sofa buruk itu,’’ kata pekerja hotel tersebut.
Ketika Gerard sedang melakukan perbuatan itu, seorang pegawai polis yang kebetulan melalui jalan berkenaan, telah menjerit ke arahnya menyebabkan lelaki itu melarikan diri di sebalik apartment berhampiran.
Dia kemudiannya ditahan dan didakwa kerana melakukan kelucahan melampau.
Sabit kesalahan, Gerard boleh dihukum penjara sembilan bulan dan denda £7,000 fine.
Selengkapnya...